~ Pembuka bicara~

Fear is the path to the dark side. Fear leads to anger. Anger leads to hate. Hate leads to suffering.

Monday, April 29, 2013

dua

:: Ar-Rahman Ar-Rahim ::
 
walaupun fikrah kita berbeza
tapi Tuhan kita masih sama

Tadi aku terbaca dalam blog Dr. MAZA. Aku rasa dia seorang yang berfikiran terbuka, tak malu nak suarakan apa yang dia rasa, apa yang dia fikir. Aku suka!

(Nak sambung post yang sebelum ni...)

Kalau kita nak kata seseorang tu hipokrit sebabkan kelalaian dia, kita SALAH. Seseorang yang takut untuk berubah ialah orang yang dangkal. Sedangkan orang yang kerja nak naik pangkat, daripada rumah kecil nak lagi besar, kalau dulu kereta viva paling kurang pun nak upgrade sikit pakai toyota vios, baru kelas gitu!

Jadi, kalau kita dah sedar yang kita banyak buat salah upgrade lah balik apa-apa yang kurang, betul tak? Dan, persekitaran sekeliling pun main peranan sebenarnya. Ibubapa, kawan-kawan. Bimbinglah mereka yang nak berubah, dan tidak mudah untuk mengecam mereka secara melulu. Kalau dia nak berubah untuk kebaikan bagi sokongan moral. Kalau ayah bagi tazkirah free dekat kita, think positif. Yelah, bukan senang nak dengar ayah kita bagi nasihat, sebab sekarang masing-masing pun sibuk. Kata-kata mereka ni mutiara yang kita tak perlu nak cari, free je dapat. Sebab apa? Mereka ibubapa kita. Itu yang lainnya.
 
 

No comments :

Post a Comment