~ Pembuka bicara~

Fear is the path to the dark side. Fear leads to anger. Anger leads to hate. Hate leads to suffering.

Saturday, April 27, 2013

satu

:: Ar-Rahman Ar-Rahim ::
 
Alhamdulillah
Seribu kali syukur
Sebab aku masih dapat oksigen
Untuk aku terus bernafas
Di atas muka bumi-Mu ini
 
(Aku delete semua post yang lama. Kenapa? Entahlah, aku teringin nak buat macam tu.Hahaha.)
 
Hipokrit ke aku ni? Belajar agama tinggi-tinggi (tinggi ke? sebab aku sekolah atas bukit, bolehlah eh...) tapi dalam hidup aku sehari-harian mesti akan ada slack. Solat lambatlah, cakap kasarlah, kurang nak baca Quran. Tapi bila duduk dengan kawan-kawan yang bagus, mula ada rasa nak perbaiki semula diri. Hipokrit ke?
 
Aku rasa marah dekat diri sendiri kenapa kadang-kadang boleh jadi macam tu. Boleh pula, kadang-kadang tu aku marah dekat syaitan, sebab apalah dia goda aku sampai aku lalai dan leka sampai macam tu sekali.
 
Situasi 1
Bangun lewat subuh. Sebenarnya jam dah kunci pukul 5.30, tapi mata ni yang terkunci rapat.
Tok!Tok!
"Bangunlah, dah pukul berapa ni?"
Lepastu tengok jam...pukul 7??
"Eish! syaitan lah ni, aku nak bangun awal tadi, ni semua dia punya pasal,"
 
Sampai aku kena buat list mutabaah ibadah, dan aku kena paksa diri aku untuk ikut apa yang aku tulis. Aku tahu, ada segelintir kita yang macam ni. Apa yang aku nak cakap, kalau dalam diri kita tu masih ada rasa bersalah, menyesal nak nangis guling-guling, sebab rasa bersalah yang amat sangat...kita kena tepuk tangan untuk diri kita!!
 
Allah masih jaga iman dalam diri kita, walaupun cuma senipis kulit bawang. (Ayat ni selalu sedapkan hati aku) Alhamdulillah. Astaghfirullah. Aku tulis ni mengingatkan diri sendiri juga. Kita akan lebih terikat dengan apa yang kita perkatakan. Dulu kalau masa dekat sekolah aku selalu mengelak bila nak bercakap depan orang, sebab aku takut dengan kata-kata aku sendiri.
 
Orang nampak appearance kita yang lain, tapi kita lagi tahu sejauh mana lainnya diri kita, kan?
 


3 comments :

  1. terima kasih kerana mengingatkan . :)

    ReplyDelete
  2. Setuju dgn komen aini mataku ^^
    thanks a lot for reminding me, zahra ;)

    ReplyDelete
  3. korang pun kena selalu ingatkan aku...hehehe

    ReplyDelete