~ Pembuka bicara~

Fear is the path to the dark side. Fear leads to anger. Anger leads to hate. Hate leads to suffering.

Wednesday, May 8, 2013

chickenmcdeluxe

:: Ar-Rahman Ar-Rahim ::
 
Wahai para pejuang maralah kehadapan
Kerahkanlah tenagamu dan jua fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta
(Bebas palestin: Rabbani,Saujana,Inteam,Nowseeheart)
 
Alhamdulillah. Baru balik dari LCCT. Hari ni abah and the gang pergi Kuching, 5 hari, ada conference.
 
Standard lah semua tempat memang tak sah kalau tak ada McD, kan? Dekat LCCT pun ada McD.
 
 
Serius! Burger yang paling sedap pernah aku makan. McD.
Setiap kali ternampak iklan mesti kecur air liur.
 
Tiba-tiba pak cik aku cakap:
"Che Su cakap kalau makan McD macam makan daging orang kat Palestin,"
Gulp!! Bukan tersedak, memang rasa nak tercekik.
 
Sejak dulu-dulu yang aku tau McD ni salah satu penyumbang terbesar zionis, sejak tu aku tak sentuh langsung McD.
Sanggupkah kita nak makan daging sedara kita sendiri??
Although we're not in the same blood ties, but we're muslim.
I repeat. MUSLIM.
 
Dia buat lah iklan banyak mana pun, sebanyak mana pun air liur aku tertelan sebab keenakan McD ni, aku dah tekad. Aku tak nak terlibat.
 
Aku tak nak jadi penyumbang.
Aku tak nak menyokong zionis.
 
Dialog aku dan abah :
Aku : Abah, orang tengok kat McD ade je lagi Muslim yang makan kat situ. Takkan boikot bermusim kot?
 
Abah : Kita kena ada sensitiviti especially benda-benda yang macam ni. Memang kita beli sikit je, tapi menyumbang jugak, kan? Dekat Palestin tu semua sedara kita. Family kita. Kalau hati kita ni tak terisi dengan pengisian dekat kuliah, tak kisah lah dekat mana-mana sekalipun, kita tak peduli pun. Anggap benda ni remeh-temeh.
 
Aku : Kalau orang yang kerja dekat McD. Muslims who works there?
 
Masing-masing senyap. No comment.
 
Plus, lagi satu effort yang kita boleh ambil baca doa untuk mereka. It's one of our responsibility. Setiap kali doa memang bersungguh dekat Allah.
Bayangkan mereka. Apart of us. Our brothers and sisters.
 
Aku tak adalah baik mana pun. tapi, sekurang-kurangnya kita masih ada usaha.
Jangan sampai zero, ok?



Monday, May 6, 2013

Awanan biru aku dan kamu

:: Ar-Rahman Ar-Rahim ::
 
Burung lepas bebas di awanan  biru
Kamu juga begitu!
 
Sekarang semua orang tengah sibuk untuk interview. Macam-macam. Kalau tengok lagak dan ragam orang, serius lawak. (Macam gelakkan diri sendiri je)

Ada yang tak senang duduk. Bangun. Duduk.
Ada yang berpeluh tangan.
Ada tu dia yang lepak, mak ayah pulak yang tak tentu arah. Risau. Gusar.
 
Lepas ni, masing-masing akan bawa haluan masing-masing.
 
Fly pergi oversea.
Study dalam Malaysia je.
Hafal Quran.
 Ada aspirasi tersendiri.
 
(Aku mesti rindu korang sangat-sangat!!!)
 
Walau di mana sekalipun kita tercampak, tetapkanlah pendirian. Bukan maksudnya untuk berada di takuk yang lama, tapi tetap pendirian.
 
Masih dengan amalan-amalan ibadah seharian kita. (Busy dengan assignment and class, tak bermakna Quran juga terkebelakang, ok?)
 
Paling minima sehari kena juga baca Quran walaupun semuka.
Facebook boleh berjam-jam, takkan Quran tak sampai 5 minit...hehehe.
 
Semua ni akan menjadikan kita lebih kuat, InsyaAllah.
Semoga Allah merahmati aku dan kau.
Kelas paling best!
Dinner gempak!


Seronok duduk setahun dengan korang.