~ Pembuka bicara~

Fear is the path to the dark side. Fear leads to anger. Anger leads to hate. Hate leads to suffering.

Monday, May 6, 2013

Awanan biru aku dan kamu

:: Ar-Rahman Ar-Rahim ::
 
Burung lepas bebas di awanan  biru
Kamu juga begitu!
 
Sekarang semua orang tengah sibuk untuk interview. Macam-macam. Kalau tengok lagak dan ragam orang, serius lawak. (Macam gelakkan diri sendiri je)

Ada yang tak senang duduk. Bangun. Duduk.
Ada yang berpeluh tangan.
Ada tu dia yang lepak, mak ayah pulak yang tak tentu arah. Risau. Gusar.
 
Lepas ni, masing-masing akan bawa haluan masing-masing.
 
Fly pergi oversea.
Study dalam Malaysia je.
Hafal Quran.
 Ada aspirasi tersendiri.
 
(Aku mesti rindu korang sangat-sangat!!!)
 
Walau di mana sekalipun kita tercampak, tetapkanlah pendirian. Bukan maksudnya untuk berada di takuk yang lama, tapi tetap pendirian.
 
Masih dengan amalan-amalan ibadah seharian kita. (Busy dengan assignment and class, tak bermakna Quran juga terkebelakang, ok?)
 
Paling minima sehari kena juga baca Quran walaupun semuka.
Facebook boleh berjam-jam, takkan Quran tak sampai 5 minit...hehehe.
 
Semua ni akan menjadikan kita lebih kuat, InsyaAllah.
Semoga Allah merahmati aku dan kau.
Kelas paling best!
Dinner gempak!


Seronok duduk setahun dengan korang.


1 comment :